Saturday, January 28, 2012

Zainal Abidin dalam kenangan 07/03/1961~25/01/2012

Petang 25/01/2012 saya telah menerima sistem pesanan ringkas yang mengatakan "Zainal meninggal di Hospital Alor Setar",pada mulanya saya tidak mempercayainya,tetapi setelah my sister sendiri menelefon dan beritahu dengan jelas,perasaan saya mula bercelaru dan serba tidak kena dan juga secara tidak sedar airmata telah pun menitis,terus saya menelefon rakan saya (Zarul) memberitahu tentang berita sedih ini,tanpa berlengah lagi Zarul terus datang kerumah saya dan terus membawa saya ke Alor Setar.Semasa dalam perjalanan kesana kenangan-kenangan saya bersama arwah sentiasa bermain diminda saya.Celoteh arwah,gelak tawanya dan sikapnya sentiasa disenangi oleh saya.Kali terakhir saya berjumpa arwah dan bersembang adalah semasa masing-masing hendak keluar dari rumah mahu ke tempat kerja pada pagi jumaat sebelumnya.Itulah kali terakhir saya bersama arwah.

Saya tiba dirumah arwah kira-kira pukul 8.30malam,ketika itu jenazahnya baru selamat sampai dari Hospital.Jenazah telah pun selamat dikapankan oleh pihak hospital,tetapi ketika saya sampai dan masuk kedalam rumah,jenazah arwah masih didalam keranda.Salah seorang saudaranya telah membuka kapan yang menutup bahagian mukanya untuk tatapan orang yang menziarahinya,saya menunggu dengan penuh sabar dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan,dan setelah muka dapat dilihat ketika itulah perasaan saya tidak dapat dikawal lagi dan terus menangis disisi jenazahnya,inilah kali kedua saya menangis sebegitu teruk, kali pertama adalah semasa ayahanda yang saya sayangi meninggal kira-kira 10tahun yang lalu.Mungkin disebabkan arwah terlalu rapat dengan saya menyebabkan saya tidak dapat mengawal perasaan sedih itu.Saya juga menganggap arwah seperti ayah saya sendiri.Arwah selamat dikebumikan pada pukul 11.00pagi keesokan harinya.Al-Fatihah untuk arwah dan takziah buat Kak Nani dan sekeluarga,moga arwah sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Saya telah mengenali arwah pada akhir tahun 2010,dimana arwah telah bersetuju tinggal dengan saya di Seberang Jaya,Pulau Pinang.Arwah telah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata.Disebabkan arwah berkerja di Pulau Pinang dan isterinya berkerja di Alor Setar menyebabkan arwah terpaksa menyewa rumah disini untuk memudahkan tugas-tugasnya.Pada mula perkenalan dengan arwah,arwah seorang yang suka makan dan sentiasa ingin mencuba makanan lain dari yang lain,bayangkan dimana tempat yang menghidangkan makanan-makanan yang lazat,kami berdua akan sampai,bayangkan sampai ke Sungai Petani kami pergi semata-mata untuk merasai sup gearbox.Arwah juga sangat meminati daging kambing dan juga kari.

Arwah juga disenangi oleh rakan-rakan saya,jika kami keluar makan dan juga berjumpa dengan rakan-rakan saya,arwah cepat bertegur antara satu sama lain,inilah sifatnya yang bagi saya cukup menyenangkan.

Sehingga kini saya masih meingati beliau,susah untuk saya memadamkan memori-memori indah semasa arwah tinggal bersama-sama saya,banyak kenangan yang ditinggalkan,ditambah kini saya pula terpaksa tinggal seorang diri dirumah yang pernah didiami arwah,kerusi yang dia selalu duduk dan juga ruang tamu yang sentiasa menjadi tempat perbualan kami dimalam hari sentiasa bermain didalam minda dan akan sentiasa dikenangi..

~Al-Fatihah~

Wednesday, January 25, 2012

Klonghae Floating Market Hatyai

Pada cuti CNY yang lalu saya telah berkesempatan mengunjungi Hatyai buat kali kedua,tapi kali ini perjalanan lebih lancar,dimana saya telah memulakan perjalanan seawal pagi dan memasuki sempadan Malaysia-Thailand dengan lancar dan tidak perlu beratur panjang untuk mengecop passport.Pada percutian kali ini saya sempat melawat pasar terapung Klonghae,pasar ini terletak kira-kira 10KM dari bandar Hatyai.Antara jualan yang terdapat sini adalah makanan yang dijual diatas perahu-perahu kecil.



Antara yang menarik disini adalah air yang dijual dengan harga 25Baht,bersamaan dengan RM2.50,apa yang menariknya anda boleh memilih bekas minuman yang anda minati dan terus mendapatkannya untuk dijadikan cenderamata ataupun koleksi anda sendiri,antara bentuk-bentuk yang boleh didapati adalah seperti karakter doramon,hello kitty,bentuk seperti ikan dan pelbagai bentuk yang menarik.

Dibahagian darat dan juga berdekatan dengan pasar terapung ini terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis baju,kasut,dan juga cenderamata.Harganya pula boleh dikatakan murah dan berpatutan,pendapat saya jika anda semua datang ke Hatyai anda juga perlu melawat Pasar Terapung Klonghae ini,ianya dibuka dari pukul 3.00ptg hingga 9.00mlm,insyallah jika saya bekesempatan untuk kesini lagi,saya akan datang untuk merasai suasana malam pula.