Pada penghujung bulan April yang lalu saya telah mengunjugi Langkawi,ini adalah kali pertama saya menjejaki kaki di Pulau Lagenda ini,pemandangan pulau amat menarik sekali kerana terdapat pulau-pulau yang kecil di sekitarnya dan juga tidak kurang hebat pantai pasir yang putih.Tetapi apa yang lebih menarik adalah kerana terdapat satu lokasi yang wajib dilawati sekiranya anda datang ke Langkawi iaitu "Panorama Langkawi" yang akan menjanjikan suasana yang amat mengkagumkan anda..
Gambar diatas saya rakamkan semasa di dalam "Sky Cab" anda boleh melihat keseluruhan pemandangan Pulau Langkawi,perjalanan ke puncak mengambil masa selama 15 minit dan Sky Cab akan berhenti di stesen tengah,anda boleh memilih turun disitu atau pun meneruskan perjalanan terus ke stesen antas.Semasa dalam perjalan ke puncuk gunung anda akan disajikan pemandangan yang amat cukup memukau.
Harga tiket adalah sekitar RM10.00,bagi penduduk tetap rakyat Malaysia anda hanya perlu menunjukan MyKad untuk mendapat diskaun secara automatik.Nasihat saya pada mereka yang merancang untuk datang kesini perlu melihat Laman Web "www.panoramalangkawi.com" disebabkan kerana "Sky Cab" tidak dibuka setiap hari.Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut didalam laman web tersebut.
Gambar diatas saya rakam di Pantai Chenang pada waktu petang,lebih kurang dalam pukul 7.00PM.Di Pantai Chenang ini terdapat pelbagai pilihan untuk rekreasi seperti jet-ski,banana boat dan juga sukan laut yang ekstrem.