Tuesday, July 2, 2013

Mossy Forest-Gunung Brinchang

Saya telah berkesempatan sekali lagi untuk mengunjungi Cameron Highland pada hujung minggu yang lepas,tetapi berbeza sikit kunjungan saya kali ini adalah tujuan utama saya untuk melihat keindahan panorama alam yang sangat menakjubkan di Gunung Brinchang.Pada sebelah malamnya hujan renyai-renyai di Cameron Highland,suasananya dingin dan cukup menyegarkan.Saya bangun pada hari ahad agak awal sekitar 6.30 pagi dan terus bersarapan di kedai mamak berdekatan Brinchang.

Selepas bersarapan saya terus memandu ke puncak Gunung Brinchang,laluan kesana amat mencabar sekali dengan keadaan jalan yang berselekoh dan juga sempit.Perjalanan sejauh 9KM dalam masa lebih kurang 30 minit cukup,perjalanan ke sana tidak akan membosankan anda kerana anda akan disajikan pemandangan ladang teh yang hijau lagi menarik disepanjang perjalanan anda ke puncak Gunung Brinchang.
Setibanya saya di Gunung Brinchang terdapat laluan pejalan kaki yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Cameron Highland.Anda perlu berjalan dan menaiki tangga untuk ke puncak bukit yang akan menjanjikan pemadangan yang cukup menarik lagi hijau.Gambar diatas ini saya rakamkan lebih kurang jam 9.00 pagi dan suhu pada ketika ini adalah sekitar 20 Celcius (Refer pada Samsung SIII Mobile)

Tanda bagus menandakan saya telah berjaya menawan puncak Gunung Brinchang ini,batang-batang pokok dibelakang saya ini dipenuhi dengan lumut kerana kawasan ini terlalu sejuk dan amat nyaman sekali.Anda diluar sana yang sukakan kehijauan,kedamaian dan udara nyaman patut datang kesini dan merasai sendiri suasananya.Tempat ini amat sesuai untuk pencinta alam semulajadi!!