Friday, February 18, 2011
Proton Concept Car at KLIMS 2010
Saya telah mengunjungi pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur pada hari kedua ia dilancarkan,secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan perjalanan acara tersebut,tetapi agak bertanya kerana kenderaan-kenderaan buatan dari Eropah seperti Mercedez Benz,VW,Audi & BMW tidak berada pada KLIMS 2010 tersebut,jikalau pengeluar-pengeluar ini mengambil bahagian,pasti KLIMS menjadi lebih menarik,pada pandangan saya KLIMS pada tahun 2010 ini lebih banyak dimonopoli oleh kenderaan-kenderaan buatan Jepun.
Proton adalah salah satu pengeluar kenderaan yang mempamerkan model-model terkini dan juga untuk masa hadapan.Diantaranya ialah :-
Proton Kasturi adalah model asas daripada model Proton Saga yang baru,lampu besar depan tidak banyak bezanya dengan model Saga FL.
Proton Jebat adalah hasil pertukaran teknologi dan usahasama antara Proton dan juga Mitsubishi Motor. Mungkin model ini akan dikeluarkan sebagai Inspira R3 siapa tahu,kerana mengikut rekod boleh dikatakan semua model-model proton telah mendapat suntikan R3.
Tidak sabar rasanya hendak menunggu Proton untuk mengeluarkan model SUV untuk pasaran Malaysia.Berasaskan chassis Proton Exora,pihak Proton masih dalam rancangan untuk mengeluarkan model SUV untuk pasaran Malaysia.Sekali pandang model ini nampak menarik juga.Diharap model ini dapat direalisasikan oleh Proton,mungkin selepas ini Proton boleh mengeluarkan model Pick-Up pulak,sama-sama kita nantikan kemunculannya.
Kebanyakan model-model kenderaan yang dipamerkan adalah untuk konsep dan juga masa hadapan.Apa-apa pun tahniah pada Proton kerana berani mencuba untuk memperkenal lebih banyak model kenderaan untuk masa hadapan,harap semua model itu akan direalisasikan oleh Proton.Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga dan ingin melihat Proton setanding dengan pengeluar kenderaan lain didunia ini.Majulah Proton untuk Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment