Salam semua,Penang International Bridge Marathon telah pun melabuhkan tirainya,tahniah pada semua pelari yang telah menamatkan acara dalam semua kategori,sekali lagi juga sejarah tercipta kerana pada tahun ini penyertaan terbanyak telah diterima,seramai 27,000 peserta telah menyertai pertandingan Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang dan salah seorang peserta tersebut ialah saya yang mendaftar untuk larian 10KM (Peringkat permulaan,insyallah tahun depan cuba half marathon pulak)
Saya berada disana seawal jam 4pagi,dimana kebanyakan laluan utama telah pun ditutup dan kesesakan yang teruk untuk masuk kawasan parkir di Quenssbay Mall.10KM marathon bermula pada pukul 6pagi,selepas semua perlari dilepaskan,semua memecut terus menuju ke Penang Bridge,saya juga turut serta sehingga ketika laluan masuk Penang Bridge stamina saya mula terasa letih dan berhenti berlari dan berjalan untuk beberapa ketika.Setalah stamina datang semula saya terus berlari semula sehingga la ke water station dan berhenti untuk minum air.Setelah mengharungi marathon sepanjang 10KM saya telah menamatkan perlumbaan didalam masa yang ditetapkan iaitu satu jam setengah.Rasa macam tak percaya pulak dapat menamatkan larian ini dengan cemerlang.
Sebelum pertandingan tersebut,saya juga telah menyiapkan diri dengan latihan ringan seperti jogging dikawasan rumah selepas pulang dari kerja,walaupun setiap petang jogging dan juga melakukan senaman ringan ternyata tidak cukup dan berazam untuk menambah lagi waktu untuk bersenam agar tidak hilang stamina dimasa-masa akan datang.
Apa-apa pun tahniah pada semua runners-runners dan juga organiers yang menjayakan program ini dengan cemerlangnya,kita jumpa lagi tahun depan 18 Nov 2012 untuk edisi yang seterusnya "Penang Bridge Internatinal Marathon".
No comments:
Post a Comment