Friday, February 18, 2011

Proton Concept Car at KLIMS 2010







































































































































































Saya telah mengunjungi pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur pada hari kedua ia dilancarkan,secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan perjalanan acara tersebut,tetapi agak bertanya kerana kenderaan-kenderaan buatan dari Eropah seperti Mercedez Benz,VW,Audi & BMW tidak berada pada KLIMS 2010 tersebut,jikalau pengeluar-pengeluar ini mengambil bahagian,pasti KLIMS menjadi lebih menarik,pada pandangan saya KLIMS pada tahun 2010 ini lebih banyak dimonopoli oleh kenderaan-kenderaan buatan Jepun.

Proton adalah salah satu pengeluar kenderaan yang mempamerkan model-model terkini dan juga untuk masa hadapan.Diantaranya ialah :-

Proton Kasturi adalah model asas daripada model Proton Saga yang baru,lampu besar depan tidak banyak bezanya dengan model Saga FL.

Proton Jebat adalah hasil pertukaran teknologi dan usahasama antara Proton dan juga Mitsubishi Motor. Mungkin model ini akan dikeluarkan sebagai Inspira R3 siapa tahu,kerana mengikut rekod boleh dikatakan semua model-model proton telah mendapat suntikan R3.

Tidak sabar rasanya hendak menunggu Proton untuk mengeluarkan model SUV untuk pasaran Malaysia.Berasaskan chassis Proton Exora,pihak Proton masih dalam rancangan untuk mengeluarkan model SUV untuk pasaran Malaysia.Sekali pandang model ini nampak menarik juga.Diharap model ini dapat direalisasikan oleh Proton,mungkin selepas ini Proton boleh mengeluarkan model Pick-Up pulak,sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Kebanyakan model-model kenderaan yang dipamerkan adalah untuk konsep dan juga masa hadapan.Apa-apa pun tahniah pada Proton kerana berani mencuba untuk memperkenal lebih banyak model kenderaan untuk masa hadapan,harap semua model itu akan direalisasikan oleh Proton.Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga dan ingin melihat Proton setanding dengan pengeluar kenderaan lain didunia ini.Majulah Proton untuk Malaysia.

Wednesday, February 16, 2011

Motorcross @ Padang Serai,Kedah





















Pada cuti umum maulidur rasul 15/02/2011 yang lalu saya telah melawat rumah my sister di Lunas. Tengah melepak tu,my brother in-law ajak pergi tengok motorcross pulak,boleh juga la sementara tengah memang takder apa-apa aktiviti nak buat ni.Perjalanan dari Lunas ke track motorcross tersebut yang terletak didalam sebuah ladang kelapa sawit di Padang Serai mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai disana.Jalan masuk ke tempat tersebut adalah jalan tanah merah dan juga berlubang-lubang,mujur pada hari tersebut kami menggunakan pacuan 4wd,jadi tidak menghadapi banyak masalah sangat la untuk kami melaluinya.

Sampai disana agak lewat,lebih kurang jam 5.00 petang kerana saya difahamkan awal-awal lagi ramai penunggang motorcross ini telah pulang.Kebanyakan penunggang motorcross ini adalah remaja yang masih muda diantaranya umur dalam linkungan 12-18 tahun.Syabas pada mereka semua kerana menggunakan bakat yang ada ke arah yang betul dan tepat.Lebih kurang 10 minit menunggu,akhirnya kelibat anak-anak muda ini keluar dan mempamerkan aksi menunggang yang boleh dikatakan menghiburkan.

Disini saya juga sempat merakamkan beberapa aksi-aksi mereka untuk dikongsi dengan peminat motorcross semua,moga anda semua juga terhibur.

Monday, February 14, 2011

Mee Udang Pak Hashim Kuala Sepetang





Kesempatan pulang ke kampung halaman pada cuti umum Tahun baru cina yang lalu sempat jugalah saya pergi menjamu selera di Kuala Sepetang.Pada mulanya hendak mencuba mee udang Mak Jah yang selalu menjadi buah mulut orang bercerita tentang keenakan udang segarnya,tetapi malangnya disebabkan orang terlalu ramai kerana hari tersebut adalah cuti umum,saya bersama-sama rakan saya hanya dapat menjamu selera di Gerai mee udang Pak Hashim yang terletak tidak jauh dari Warung Mak Jah yang terkenal itu.Rasanya tetap membuka selera saya,dengan harga yang berpatutan iaitu RM12 puas juga la saya menikmati hidangan tersebut.Anda semua juga patut mencuba keenakan mee udang Kuala Sepetang ini.

Counting the Days Petronas Malaysian Grand Prix 2011


Tiket pun dapat,so saya akan berada disana untuk melihat acara ini buat kali kedua berturut-turut,tapi tak pasti lagi hendak menyokong pasukan mana.Sama-sama kita memeriahkan acara ini.Jom kita serbu Litar Sepang pada 08,09 dan 10 April nanti.See u Soon!

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2010























Awal-awal lagi kami semua telah mendapatkan tiket MotoGP,siap dengan pakej baju lagi,pada 10/10/10 awal pagi lagi kami semua sudah bersiap sedia untuk ke Litar Sepang.Tambahan tahun ini adalah tahun terakhir Rossi bersama pasukan Fiat Yamaha.Pada hari perlumbaan tersebut keadaan cuaca amat panas sekali,tetapi disebabkan dengan kehadiran gadis-gadis litar serba sedikit menyejukan keadaan yang sememang panas terik.Tahniah pada Rossi kerana memenangi perlumbaan di Litar Sepang ini kerana sememangnya Litar ini adalah litar kegemeran beliau.Pada Tahun 2011 juga kami pasti akan datang lagi untuk menyaksikan acara yang berprestij ini.