Monday, March 14, 2011

Penang Road Famous Teochew Chendol








Sejarah Cendol
Cendol ialah sejenis pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Ini kerana pada ketika itu proses untuk membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya dikenali sebagai Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu (Malaysia) dan memperkenalkan jenis minuman ini pada masyarakat di Malaysia.

Penang Road Famous Teochew Chendol
Antara cendol yang terkenal di Malaysia adalah Penang Road Famous cendol yang terletak di Penang Road,gerai ini berdepan dengan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.Rasanya amat membuka selera sekiranya merasa kelazatan cendol ini diwaktu tengahari.Mengikut seorang rakan saya yang mencuba cendol ini terus memberi komen tentang rasanya memang berbeza dari yang pernah dia cuba ditempat lain.

Pada semua yang belum pernah mencuba,saya mencadangkan jika anda ke Pulau Pinang jangan melepaskan peluang untuk merasa kenikmatan cendol terbaik dan terkenal ini.

No comments:

Post a Comment