Saturday, February 16, 2013

My First Ride & New Hobby 2013

Pada mulanya saya hanya lebih suka-suka untuk mengayuh basikal ni,tapi disebabkan saya melihat terlalu ramai sangat yang membeli basikal dan menyukai sukan baharu ni.Akhirnya saya juga telah terjebak dalam bidang berbasikal ni bernula pada awal tahun ini.

Aktiviti berbasikal pertama saya adalah kayuh seorang diri dari rumah di Seberang Jaya ke Lunas dalam jarak lebih kurang 28KM.Laluan yang saya lalui adalah Seberang Jaya-Kubang Semang-Ara Kuda dan seterusnya Lunas.Saya mula mengayuh dari pukul 9.00pagi dan sampai di Lunas lebih kurang pada pukul 10.15pagi.Laluan yang saya tempuhi adalah landai,sedikit berbukit di Kubang Semang dan juga mendaki sebuah jambatan yang menyeberangi lintasan keretapi.Saya berehat di rumah my sister di Lunas sebelum pulang ke Seberang Jaya pada petang harinya.Perjalanan pulang pula saya melalui laluan motosikal BKE kerana sudah terlalu lewat untuk saya menggunakan laluan asal saya iaitu melalui Kubang Semang dan Ara Kuda.Mujur basikal saya dilengkapi dengan "warning light" di bahagian belakang kerana hari sudah pun gelap ketika itu.Saya selamat sampai pulang kerumah lebih kurang 8.30 malam.Jumlah jarak kayuhan pertama saya adalah lebih kurang 58KM.

Aktiviti berbasikal kedua saya pula adalah yang boleh dikatakan mencabar juga,iaitu mengayuh dari Seberang Jaya menaiki feri Pulau Pinang,kayuhan saya bermula dari pukul 7.30 pagi,seterusnya melalui bandaraya Georgetown ke Batu Ferrighidan seterusnya menawan Titi Kerawang di puncak bukit untuk ke Balik Pulau.Kayuhan ini adalah paling mencabar kerana saya terpaksa mendaki bukit terutama bukit pertama di Mengkuang Dam yang boleh sangat mencabar bagi saya yang masih baru dalam sukan berbasikal ini.Kayuhan saya kali ini turut disertai oleh rakan kerja saya yang juga sama minat dalam aktiviti ini.Kami sempat merehatkan dan menyegarkan badan kami semula di Titi Kerawang sebelum kami bertolak pulang kerumah masing-masing.Jarak kayuhan saya pada edisi ke-2 ini adalah lebih kurang 100KM.




Pengembaraan saya bersama rakan tamat lebih kurang pukul 5.00petang dan masing-masing pulang kerumah,insyallah saya akan berbasikal semula disini untuk ke Titi Kerawang,pendapat saya laluan berbukitnya cukup menguji mental dan juga stamina saya.Selepas ini juga sukan berbasikal ini akan menjadi kalendar tahunan acara yang akan saya sertai selepas sukan Marathon dan juga hoby saya didalam dunia photographi.

No comments:

Post a Comment