Saturday, October 26, 2013

MENGISI MINYAK ATAU GAS SECARA BETUL DAN SELAMAT


Minyak petrol dan gas (gasoline) merupakan antara bahan bakar yang terdapat di stesen-stesen minyak. Bahan bakar ini penting dalam menggerakan kenderaan anda.Oleh itu adalah menjadi satu kemestian untuk anda menambah semula minyak petrol atau gas bagi memastikan kenderaan anda terus bergerak.

Namun adakah anda tahu apakah cara mengisi minyak secara betul dan selamat? Disini,kami ingin berkongsi tips-tips bagaimana mengisi minyak atau gas dengan betul,selamat serta setanding dengan perbelanjaan anda.Apa kata kita ikuti tips-tips berikut : 

Elakkan mengisi minyak terlalu penuh

Tidak ramai diantara kita yang tahu bahawa stesen minyak mempunyai jaringan paip ulang alik (return pipeline).Apabila anda mengisi minyak dan minyak yang diisi sudahpun mencapai tahap "full" (penuh), terdapat suatu mekanisme yang memacu keluar pam.Pada masa yang sama ia membuka 'valve' ulang alik yang terdapat pada bahagian atas pam.

Oleh yang demikian pembukaan 'valve' ini akan membenarkan minyak petrol yang berlebihan masuk semula ke dalam pam.Padahal, minyak yang masuk semula itu telahpun melepasi bacaan meter. Ini bermakna anda memdermakan balik minyak petrol kepada stesen minyak tersebut.

Isi minyak pada waktu pagi atau pada hari yang bersuhu sejuk

Mengikut sains,setiap jenis bahan bakar seperti gasoline,petroleum,diesel,ethanol dan sebagainya mempunyai tahap kepadatan,tekanan serta suhu yang berbeza.Untuk pengetahuan anda,semua stesen minyak mempunyai tempat simpanan petrol atau gas yang ditanam dibawah stesen tersebut.

Tekanan suhu di bawah tanah adalah lebih sejuk daripada suhu di atas tanah. Oleh itu,tekanan suhu pada tanah adalah lebih rendah dan ia tidak mampu meruap. Namun,apabila anda mengisi minyak pada waktu yang panas,diesel/minyak petrol akan mudah meruap.

Jadi,jika anda mengisi minyak sebanyak lima liter pada waktu yang panas adalah sebenarnya tidak sampai pun tahap lima liter.Hal ini terjadi kerana sebahagian minyak yang diisi telahpun meruap di pertengahan jalan sebelum sampai ke dalam tangki minyak kenderaan anda.

Elakkan pam minyak menggunakan tahap tekanan/kelajuan yang terlalu tinggi


Cuba anda perhatikan pada pemacu pam. Terdapat tiga tahap kelajuan mengisi minyak.Yang paling bawah ialah yang paling perlahan,manakala yang paling atas ialah paling laju.Anda disarankan untuk mengisi minyak pada tahap kelajuan yang paling perlahan.Ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan udara yang terdapat dalam saluran paip.Sekirannya anda menggunakan tahap kelajuan yang tinggi untuk mengisi minyak,anda bukanlah mengepam minyak dengan banyak sebenarnya tetapi lebih kepada udara kosong.jadi apa yang anda bayar adalah tidak setimpal.

Jangan lupa untuk mengamalkan tips-tips ini untuk penjimatan wang anda dan juga kesejahteraan hidup anda.




No comments:

Post a Comment