Pasar Karat Ipoh ini terletak di Jalan Horley,Ipoh.Pasar ini telah diberi penjenamaan semula sebagai Memory Lane.Pasar karat ini bermula pada pukul 8.00pagi sehinggalah ke 2.00petang,keistimewaannya adalah pasar ini dibuka hanya pada hari Ahad sahaja.Pasar ini juga tidak ubah seperti "Rope Walk" di Pulau Pinang tetapi apa yang lebih menariknya disini barangan antik yang terdapat disini lebih banyak.pelbagai bentuk,jenama yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Barangan yang tidak pernah terfikir pun ada dijual disini.Jadi saya bawa anda semya terjah apa yang ada disini!!
Antara produk coca-cola dari zaman dahulu hingga sekarang,anda yang meminati hobi mengumpul barang-barang antik patut datang kesini.Terdapat pelbagai barang-barang antik lagi yang anda tidak akan dapat dimana-mana boleh didapati di Memory Lane ini.
Akhir kunjungan saya ini,apa yang paling menarik perhatian saya adalah setiap kali pelanggan berurusan dengan peniaga,selepas tawar menawar dan juga proses bayaran telah selesai,untuk melengkapkan proses menjual beli ini peniaga akan bersalaman dengan pembeli.Ini adalah keistimewaan di sini selain barangan antik yang dijual.Saya juga mengalami situasi ini selepas membeli seluar pendek dan sejurus saya membayar wang kepada peniaga tersebut,peniaga tersebut terus bersalaman dengan saya.Budaya seperti ini harus diteruskan tidak kira dimana agar silaturahim kita antara masyarakat lebih akrab dan suasana sebegini boleh memupuk semangat kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
No comments:
Post a Comment