Thursday, February 24, 2011

Electric Train Services (ETS)


ETS telah dilancarkan oleh KTMB pada 12 Ogos 2010.Perkhidmatan yang serba moden ini adalah selaras dengan janji kerajaan Malaysia untuk memodenkan perkhidmatan kenderaan awam di Malaysia.Pada masa kini perkhidmatan ini hanya menghubungkan Kuala Lumpur dan juga Ipoh.Untuk arah selatan pula perkhidmatan ini hanya dihubungkan ke Seremban sahaja.Kadar promosi tambang yang dikenakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanyalah RM30 sahaja.

Saya telah berpeluang menaiki perkhidmatan terbaru ini,sungguh selesa dan masa yang dijanjikan dalam jadualnya sungguh tepat.Saya menaiki dari Kuala Lumpur pada jam 8.30 dan tiba di Stesen Ipoh pada pukul 10.40.Khabarnya tambang promosi yang kini berharga RM30 akan tamat pada 28 February ini.Berharap tambang ini dapat dikekalkan agar semua rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan ini yang lebih selesa dan juga keselamatan yang terjamin.Untuk makluman lanjut tentang perkhidmatan ini boleh melayari laman perkhidmatan ini www.ets-train.com.my

No comments:

Post a Comment