Monday, February 14, 2011

Mee Udang Pak Hashim Kuala Sepetang





Kesempatan pulang ke kampung halaman pada cuti umum Tahun baru cina yang lalu sempat jugalah saya pergi menjamu selera di Kuala Sepetang.Pada mulanya hendak mencuba mee udang Mak Jah yang selalu menjadi buah mulut orang bercerita tentang keenakan udang segarnya,tetapi malangnya disebabkan orang terlalu ramai kerana hari tersebut adalah cuti umum,saya bersama-sama rakan saya hanya dapat menjamu selera di Gerai mee udang Pak Hashim yang terletak tidak jauh dari Warung Mak Jah yang terkenal itu.Rasanya tetap membuka selera saya,dengan harga yang berpatutan iaitu RM12 puas juga la saya menikmati hidangan tersebut.Anda semua juga patut mencuba keenakan mee udang Kuala Sepetang ini.

No comments:

Post a Comment