Wednesday, February 16, 2011

Motorcross @ Padang Serai,Kedah





















Pada cuti umum maulidur rasul 15/02/2011 yang lalu saya telah melawat rumah my sister di Lunas. Tengah melepak tu,my brother in-law ajak pergi tengok motorcross pulak,boleh juga la sementara tengah memang takder apa-apa aktiviti nak buat ni.Perjalanan dari Lunas ke track motorcross tersebut yang terletak didalam sebuah ladang kelapa sawit di Padang Serai mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai disana.Jalan masuk ke tempat tersebut adalah jalan tanah merah dan juga berlubang-lubang,mujur pada hari tersebut kami menggunakan pacuan 4wd,jadi tidak menghadapi banyak masalah sangat la untuk kami melaluinya.

Sampai disana agak lewat,lebih kurang jam 5.00 petang kerana saya difahamkan awal-awal lagi ramai penunggang motorcross ini telah pulang.Kebanyakan penunggang motorcross ini adalah remaja yang masih muda diantaranya umur dalam linkungan 12-18 tahun.Syabas pada mereka semua kerana menggunakan bakat yang ada ke arah yang betul dan tepat.Lebih kurang 10 minit menunggu,akhirnya kelibat anak-anak muda ini keluar dan mempamerkan aksi menunggang yang boleh dikatakan menghiburkan.

Disini saya juga sempat merakamkan beberapa aksi-aksi mereka untuk dikongsi dengan peminat motorcross semua,moga anda semua juga terhibur.

No comments:

Post a Comment